MAKLUMAN : RUANGAN INI DALAM PROSES PEMBINAAN

WARGA SEKOLAH

1. HAJI RADIN MOHAMED AZMAN BIN RADIN YUSOFF (GURU BESAR)
2. HAJAH MAIMUNAH BINTI ARIPIN (GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
3. ALIAS BIN HURI (GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
4.

Selasa, 12 Januari 2010

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perancangan dan Persediaan Mengajar
1. Pengertian konsep pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

2. Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran
Perancangan perlu dilakukan untuk:

* memenuhi masa yang diperuntukan
* menepati kehendak objektif/matlamat
* berkesan sepanjang waktu pengajaran
* menarik perhatian dan tidak membosankan

3. Objektif pengajaran
Objektif boleh dalam bentuk:

Objektif implisit
o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti :
> memahami
> atau mengetahui
> atau menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif eksplisit
o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
> menyenaraikan
> atau menjelaskan
> atau memberikan contoh
> atau menunjukkan cara yang betulterhadap apa yang telah diajarkan

4. Buku rekod mengajar
Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting :

• Rancangan Pelajaran Tahunan
o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.
o Butiran yang perlu ada ialah :

 Mata pelajaran
 Tingkatan
 Minggu
 Tajuk/isi
 Objektif
 Kemahiran
 Nilai dan
 bahan bantuan mengajar

• Rancangan Pelajaran Harian
o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan
o Butiran yang perlu ada ialah :

 Hari dan tarikh
 Mata pelajaran dan tingkatan
 Masa
 Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
 Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak:
• sekolah
• PPD
• JPN
• dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.


Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer.

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

Jadual Waktu
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada:

• Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid
• Setiap hari persekolahan
• Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu mengajar
• Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan

Sukatan Pelajaran
Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P :
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah:-

1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
3. Merancang pengajarannya

o Set iduksi
o Perkembangan P&P
o Penutup

4. Menentukan strategi P&P
5. Menyediakan bahan bantu pengajaran
6. Menyediakan penilaian